Tuesday, March 16, 2010


Cara Pemikiran Otak Kanan (EQ) dan Otak Kiri (IQ)

Keistimewaan mempelajari warna diri ini ialah secara tidak langsung kita akan memahami cara pemikiran. Terdapat dua bahagian atau hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri.



Cara Pemikiran Otak Kanan (EQ)

EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masalah. Ia juga membantu meningkatkan tahap penyesuaian secara holistik, sintesis, konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran yang lebih lama selain gaya penulisan yang lebih kemas serta membina akhlak dan tingkah laku yang mulia.

Dengan EQ akan berupaya memperbaiki kelemahan spiritual, emosional, mental dan fizikal seperti hiperaktif, kemurungan, sifat pemarah, kedengkian, lupa keterlaluan, terlalu serius, lemah semangat, gangguan halusinasi, kegugupan, kecemburuan melampau, tidak bermaya, kelesuan, malas berfikir, kebimbangan dan sebagainya.

Cara Pemikiran Otak Kiri (IQ)

Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan. Penyelesaian masalah lebih tertutup dan berulang-ulang yang banyak mencetuskan kekeliruan. Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain sangat bergantung kepada analisa satu persatu. IQ tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar. Kecerdikan sememangnya wujud namun lebih banyak kesan-kesan seperti berdusta dan mencari helah.
Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan material semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini sangat-sangat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.

Jadi, bagaimana untuk menjadikan anak atau pelajar berfikir cara otak kanan? Pertama sekali perlulah diketahui anak berada di dalam level warna diri yang mana, iaitu sama ada Putih (Spiritual) dan Merah Jambu (Emosional) bagi cara pemikiran otak kanan, dan Hijau (Mental) dan Biru (Fizikal) bagi cara pemikiran otak kiri.

Apabila mengetahui warna diri, lebih lagi apabila mengetahui anak lebih cenderung kepada cara pemikiran otak kiri, maka anak dapat dilatih untuk berfikir cara otak kanan. Selain daripada itu, cara pembelajaran juga akan lebih mudah apabila merujuk kepada kekuatan cara pembelajaran bagi setiap warna level diri.


Gaya Berfikir/ Pembelajaran Mengikut Level Diri


1. Spiritual – Intuisi

Gaya berfikir intuisi adalah gaya berfikir yang berhubung dengan perkara-perkara peningkatan yang abstrak. Ia adalah proses pemindahan satu-satu sifat potensi daripada jiwa atau minda ke alam kenyataan dalam bentuk lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang keras, susah payah, dan pengajaran, sebaliknya ia menerusi deria batin atau boleh juga disebut sebagai keserasian hati, kehadiran rohaniah atau rasa hati secara langsung. Gaya berfikir intuisi tidak perlu kepada sebarang perantaraan/ medium atau sebab musabab. Intuisi wujud sebagai hasil pemikiran dalam jiwa sekaligus tanpa sengaja dan kemahuan sendiri.


Pada umumnya, kemampuan intuisi ini adalah adalah berbeza daripada seseorang ke seseorang. Intuisi ini boleh bertambah sehingga seseorang itu mampu bertindak secepat atau sependek waktu yang mungkin dan juga boleh berkurang malah boleh jadi sehingga tiada langsung. Perlu diketahui bahawa intuisi hanya akan timbul pada orang mempunyai fokus dalam pemikirannya. Salah satu cara untuk mendapatkan fokus ialah seseorang itu perlu menaruh minat yang amat mendalam terhadap apa yang difikirkannya atau dalam keriernya. Oleh kerana intuisi ini adalah pengetahuan yang langsung maka ianya adalah lebih meyakinkan bagi orang yang memiliki intuisi tersebut; malah ianya lebih meyakinkan daripada segala maklumat/ pengetahuan yang telah dimiliki oleh tuan tubuh tadi berkenaan dengan apa yang difikirkan.


2. Emosi – Ilham

Ilham adalah gaya berfikir yang berhubung dengan perkara-perkara aqliah yang mujarad, realiti dan ideal. Pada umumnya, ilham sangat berkait rapat dengan intuisi. Ilham adalah satu bentuk ‘tanggapan emosi’ secara langsung yang dapat diserupakan dengan tanggapan deria secara langsung terhadap benda-benda luar yang dapat dicerap oleh pancaindera. Ilham juga dapat diserupakan dengan tanggapan akal menerusi pemikiran dan pengambilan kesimpulan. Sebagaimana dengan intuisi, ilham juga dapat berpindah dengan cepat daripada tidak tahu menjadi tahu. Ilham juga boleh juga diertikan dengan ‘kasyaf’; iaitu satu bentuk tanggapan emosi secara langsung yang terbit di dalam hati manusia tanpa diketahuinya. Jika jiwa seseorang itu bersih dan nafsu dan perasaannya terkawal, kasyaf boleh berlaku pada diriya. Untuk seseorang itu mendapatkan ilham (kasyaf), pemikirannya hendaklah bebas daripada segala ikatan fakta yang diketahuinya; jika diulas daripada sudut ilmu tasawuf, deria batin hendaklah bebas daripada ikatan (tidak terpengaruh) deria zahir hinggalah sampai ke satu peringkat di mana deria zahir sudah menjadi tidak penting lagi.


3. Mental – Akal

Telah sedia maklum oleh semua orang bahawa akal adalah sejenis ‘alat’ yang miliki oleh manusia dalam membuat taakulan dan pertimbangan; natijah daripada itu, manusia akan membuat keputusan hasil daripada taakulan tadi. Walaupun tidak dinafikan lagi bahawa akal mempunyai fungsi yang sangat luas bagi manusia dalam membuat pertimbangan dalam hidup, namun ia terbatas terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak, agama, dan perkara-perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian dan roh. Penggunaan akal mampu menyedarkan manusia daripada kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan pada masa lampau. Akal juga mengajar manusia membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan pengalaman lalu, yang memungkinkan manusia menilai pemikiran sendiri dan yang membezakan antara ilmu yang betul dengan khayalan kosong.


Oleh kerana inilah golongan yang mempunyai level mental sangat banyak melakukan proses pemikiran dan taakulan terutamanya dalam mencari kebenaran teradap sesuatu perkara. Tidak seperti golongan spiritual, mereka agak lambat membuat keputusan kerana terlalu banyak pertimbangan dan penelitian terhadap sesuatu perkara.


4. Fizikal – Deria

Mereka yang daripada golongan level fizikal lebih cenderung mempelajari daripada perkara-perkara yang dapat dicerap oleh deria mereka seperti deria mendengar, melihat, merasa, menghidu dan sebagainya. Oleh yang demikian, mempelajari daripada deria adalah sangat-sangat terhad kepada perkara-perkara yang telah sedia ada wujud, rasional dan praktikal. Tidak dinafikan lagi bahawa perkara-perkara yang melibatkan praktikal dan rasional sangat penting dipertimbangkan dalam melaksanakan satu-satu perkara. Mempelajari melalui deria tidak membawa kepada kreativiti tetapi lebih kepada melaksanakan perkara-perkara yang telah sedia wujud.

Kesimbangan Otak Kiri dan Kanan


Perlu Keseimbangan Otak Kiri dan Kanan


Gizi.net -
Masalah Kecerdasan: Perlu Keseimbangan Otak Kiri dan Kanan

Masyarakat sering kali menilai IQ (intelligence quotient) disamakan dengan intelegensi atau kecakapan. Padahal, IQ hanya mengukur sebagian kecil dari kecakapan.

''Justru anak yang cerdas itu adalah anak yang bisa bereaksi secara logik dan berguna terhadap apa yang dialami di lingkungannya.

Eileen menjelaskan, IQ merupakan angka yang dipakai untuk menggambarkan kapasitan berpikir seseorang dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Pada umumnya IQ biasanya pada orang diberi angka 100.

"IQ hanya digunakan antara lain membayangkan ruang, melihat lingkungan sekeliling secara runtut dan mencari hubungan antara satu bentuk dan bentuk lain. Tetapi IQ tidak mengukur kreativiti, kemampuan sosial, dan kreatifnya,'' katanya.

Sementara itu, kecerdasan anak dilihat dari pemahaman dan kesadaran terhadap apa yang dialaminya. Kemudian di dalam pikirannya, pengalaman itu diubah menjadi kata-kata atau angka. Karena itu, Eileen menekankan pentingnya pemahaman. ''Kerana pemahaman adalah kombinasi antara upaya memperbanyak masukan melalui pancaindra dan pengetahuan yang sudah dimiliki,'' jelas Eileen.

Bagaimana mengoptimalkan kecerdasan anak?

Eileen menyarankan agar para orang tua meningkatkan cara belajar, membaca, dan mengulang. Misalnya, untuk memperkenalkan cara membaca, ibu membantu anak dengan memberi garis di bawah kata-kata yang penting, meminta anak membaca dengan suara keras dan menjelaskan makna bacaannya.

Selain itu, orang tua juga mengenalkan strategi, mengambil keputusan yang rasional, mencetuskan idea selancar mungkin, mid mapping, meningkatkan perbendaharaan kata, berpikir sambil membayangkan, berfikir kritis, dan bermain. Tujuannya menyeimbangkan kerja otak kiri dan kanan, kerana struktur otak belahan kiri dan kanan mempunyai tugas yang berbeza.

Kenapa perlu menyeimbangkan kerja otak kiri dan kanan?

Eileen mengatakan agar anak bisa membaca lancar dengan pemahaman penuh, menulis secara kreatif, mengeja, mengingat, mendengar, berpikir sekaligus pada saat yang sama atau menjadi juara pada cabang olahraga tertentu. Semua itu dibutuhkan koordinasi otak kiri dan kanan dengan baik serta terlatih.

Tetapi menyeimbangkan kerja otak kiri dan kanan bisa pula melalui kebiasaan. Eileen menjelaskan, misalnya dengan menikmati musik dan kesenian, menikmati warna, ruang dan bentuk, menghargai kreativiti dan menghargai kepekaan perasaan.

Sementara itu, Dr Andre Meaza mengatakan bahwa masa usia awal merupakan keamasan untuk melakukan proses stimulasi aktif melalui proses pengindraan dengan tujuan membentuk wiring system. ''Tahapan awal kehidupan anak merupakan tahapan penting kerana anak sudah mampu menerima keterampilan dan pengajaran sebagai dasar pengetahuan dan proses berfikir.''

Andre juga menjelaskan, separuh perkembangan intelektual anak berlangsung sebelum memasuki usia 4 tahun. Justru perkembangan kognitif usia 17 tahun merupakan akumulasi perkembangan dari anak lahir.

Menurut Andre, anak berusia 0-4 tahun memiliki perkembangan kognitif sebesar 50%, 4-8 tahun sebesar 30% dan 9-17 tahun sebesar 20%. ''Memang perkembangan otak sebelum usia 1 tahun lebih cepat, tetapi kematangan otak berlangsung sesudah anak lahir,'' katanya.

Dia mengingatkan bahwa pengaruh lingkungan awal pada perkembangan otak akan berdampak lama. Oleh karena itu, anak yang mendapat stimulasi lingkungan yang baik, fungsi otaknya akan berkembang lebih baik.

Wednesday, February 3, 2010

Contoh-contoh Gambar Yang Mempunyai Daya Kreatif


Contoh-contoh lukisan atau karya yang melibatkan daya kreatif daripada seniman.


Berdasarkan karya tersebut dapat dilihat daya kreatif yang ditunjukan oleh pengkarya untuk menghasilkan sebuah lukisan yang mempunyai daya estetik yang jelas. Jika dilihat dari prinsip dalam pengkaryaan, perinsip pergerakan adalah sangat jelas sekali membolehkan lukisan kelihatan hidup dan tidak membosankan kepada celik seni dan peminat seni. Dari segi penggunaan dan pengolahan unsur-unsur seni adalah jelas. Pengolahan unsur-unsur seni dalam penghasilan karya daripada seniman atau pelukis membolehkan lukisan tersebut kelihatan realisme. Penggunaan teknik-teknik unsur garisan dan warna yang pelbagai dalam penghasilan karya akan menampak karya tersebut lebih hidup berbanding lukisan atau karya yang statik.



















Friday, January 29, 2010

Bagaimana Menjadi Kreatif

Setiap orang bangga jika dirinya menjadi Kreatif. Semua orang ingin menjadi kreatif. Tapi apakah kreativiti itu jatuh dari langit?. Adakah bila kita menganggap seseorang lebih kreatif daripada orang lain?. Menurut beberapa ahli, itu semua memang benar kreativiti, itu bakat dan anugerah, bukan bererti tidak boleh diasah dan dibentuk. Kita sendiri juga boleh menciptakan kreativiti. Tanamkan dalam diri anda bahwa 1 Setiap orang boleh menjadi kreatif. Anda tak perlu menjadi orang yang sangat spesifik atau unik, apa lagi jenius untuk menjadi kreatif.


2. Kreativiti dapat diekspresikan dalam berbagai pekerjaan dan aspek kehidupan. ertinya, anda boleh menciptakan suatu hukum baru, atau cara baru dalam mengisi hidup. Atau menciptakan hal-hal baru, atau alternatif baru dalam memecahkan masalah-masalah kalasik. Bagaimana memanfaatkan energi anda untuk menjadi kreatif. Langkah seperti ini adalah berkesan.

3. Keluarkan jiwa kanak-kanak anda.kita dibimbing oleh intuisi dan perkiraan. Tapi, setelah dewasa, sudah lebih banyak persoalan. Pendakatan memberi kebebasan dan buka pikiran. Berfikirlah secara naif dan lepaskan pertanyaan-pertanyaan pada diri. ketika pesawat terbang pertama dicipta, pasti ada pertanyaan-pertanyaan diantara masyarakat dunia’ yang tidak mungkin yang dilontarkan penciptanya pada diri sendiri.

4. Katakan ‘jangan banyak bertangguh. pada orang dewasa dalam diri anda Kalau akan berkarya, bahgian otak yang logik dan dewasa sering menghalangi karena adanya faktor ketidakmungkinan. Jangan bertangguh, teruslah berkarya. Maksudnya, itu akan menekan idea-idea kreatif kita, itu dalam menulis, melakukan pekerjaan tangan, dan banyak lagi..

5. Izinkan diri Anda melakukan kesalahan. Ada satu langkah dalam kehidupan yang ‘menyuruh’ orang berbuat salah. Misalnya, mencuba sesuatu yang tidak lazim, dengan tujuan menciptakan sesuatu yang baru. Itu bagus, kerana anda akan belajar dari kesalahan itu, supaya langkah selanjutkan akan lebih baik. Bayangkan seorang pelukis yang memiliki buku lukisan atau lakaran yang tebal. Pasti dia telah melakukan banyak kesalahan sebelum mencapai gambar yang terbaik.

6. Isi ‘pengalaman anda. Pikiran kreatif membutuhkan idea segar, seperti otot membutuhkan makanan. Jadi, lihatlah sekitar anda. Tontonlah filem atau apa pun yang anda sukai. Pikiran anda akan menyerap pelbagai hal yang mungkin boleh menjadi sumber idea.

7. Cubalah memiliki kegiatan rutin. Kalau pikiran anda sedang buntu, beritirahatlah sejenak dan kerjakan sesuatu yang sifatnya rutin. Misalnya, mencuci piring, mandi, bercukur, atau cuma berjalan sekeliling tempat Anda. Pekerjaan ini akan membuat pikiran pragmatis anda sibuk, sehingga pikiran yang kekanak-kanakan itu akan muncul tiba-tiba.

8. Tuliskan Idea bagus boleh muncul pada saat-saat tidak terduga. Kalau anda selalu mempunyai alat tulis, anda boleh menuliskannya selalu supaya anda tidak lupa. kisah, Paul McCartney menciptakan lagu Yesterday yang legendaris itu ketika bangun tidur. Kalau tidak cepat menuliskannya, pasti idea itu cepat lenyap.

9. Menulislah, Bagi orang-orang Barat, yang terbiasa menulis jurnal harian, menulis merupakan satu kerja yang amat rumit sekali. Ada ahli yang menyarankan agar anda menulis 3 halaman apa pun setiap pagi. Katanya, di antara orang-orang yang suka menulis, pasti akan menemui idea yang lebih bagus. Maksudnya, menulis itu boleh merangsang ide.

10. Percaya bahwa anda boleh melakukannya. Jangan ragu-ragu ketika melakukan sesuatu Yang penting anda percaya, setiap manusia mempunyai kekuatan untuk menjadi kreatif.


Nama: Patrick Juanis
No Matrik: D20081032493
Mejor: Pendidikan Seni Visual

Alamat Tepat: Kg, Kolombuong P/s 109, 89657 Tambunan
Sabah.
Alamat Semasa: A-3-3(2) Kolej Ungku Omar, UPSI, 35900 Tanjung Malim
Perak.